KOTA BHARU: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), mencadangkan semua kenderaan rasmi kerajaan berlogo, dikecualikan daripada bayaran tol.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, langkah itu bagi meringankan beban pemandu kenderaan berkenaan apabila terpaksa mengeluarkan wang poket sendiri membayar tol.
Katanya, beliau meminta Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya mempertimbangkan cadangan itu.
“Kita memandang serius perkara ini kerana Cuepacs menerima aduan apabila ramai pemandu kenderaan kerajaan terpaksa membayar tol sendiri setiap kali berulang-alik urusan rasmi
“Kadangkala, apabila pemandu membuat tuntutan, ia dipertikaikan majikan mereka dan ini membebankan. Kami harap syarikat tol janganlah mengambil keuntungan saja dan dua kementerian yang berkenaan dapat melihat perkara ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Sektor Awam Penjana Transformasi Ummah, anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri dan Cuepacs, di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment