Mahkamah memutuskan hukuman itu terhadap Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 26, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 24, selepas mengurangkannya daripada penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang mengekalkannya.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing yang bersidang bersama Datuk Abdul Malik Ishak dan Datuk Ramly Ali sebulat suara berpuas hati bahawa hukuman terdahulu terlalu tinggi dan tidak sepadan dengan kesalahan yang dilakukan.
Mereka didapati bersalah melakukan khianat dengan membakar Gereja Metro Tabernacle, Jalan 4/4C, Desa Melawati, Wangsa Maju pada pukul 11.50 malam, 7 Januari 2010. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment