Sinonim dengan cerita cinta berunsur romantik komedi, Metrowealth Pictures (MIG) ingin lari daripada bayangan itu dan menjanjikan sesuatu yang lebih berat menerusi filem terbarunya, Aku Terima Nikahnya.
Bukan mahu membandingkan, namun filem baru ini dijangkakan mampu memberi impaknya tersendiri apatah lagi buat pertama kali, MIG menggandingkan dua pelakon bukan naungannya, Adi Putra dan Nora Danish sebagai teraju utama.
Pertaruhan mempertemukan dua dramatis itu ternyata satu langkah yang bijak sebagai sorotan kepada kejayaan mereka mencipta satu fenomena selepas digabungkan dalam drama Tentang Dhia di TV3.
Bakal memulakan penggambaran bermula 18 Februari ini, satu sesi pengenalan filem terbabit diadakan di pejabat MIG di Petaling Jaya, kelmarin.
Mengulas mengenai filem Aku Terima Nikahnya, David Teo menyifatkan percubaan mengetengahkan kisah percintaan romantik yang lebih berat ini adalah bukti untuk MIG melangkah lebih jauh lagi. Di samping itu, ia juga bakal menjadi titik tolak kepada pengarah baru, Eyra Rahman yang julung kali diberi mandat mengarahkan filem.
Turut membariskan pelakon pembantu iaitu Mon Ryanti, Alex Yanz, Kamal Faridz dan Azrel Ismail, semestinya lakonan Adi Putra dan Nora Danish adalah yang paling dinantikan.
Mengisahkan kepayahan dan ketabahan seorang isteri yang setia, kehidupan bahagia Arlisa (Nora) serta Johan (Adi Putra) ditimpa dugaan selepas Johan terbabit dalam nahas jalan raya.
Akibat kemalangan itu, Johan disahkan hilang ingatan kerana menghadapi Selective Amnesia menambah lagi kerumitan kepada Arlisa. Tidak mahu berputus asa, Arlisa menguatkan semangatnya untuk berusaha menjaga Johan walaupun kini dia langsung tidak diingati suaminya itu.
Pelbagai inisiatif cuba digunakan Arlisa termasuk melakukan semula detik-detik yang pernah dilalui, namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Ujian bertimpa lagi selepas Johan mula merapatkan diri dengan Suriya (Mon Ryanti) meninggalkan Arlisa bersedih sendiri sehingga pada satu saat dia gagal bersabar dan hampir putus harapan.
Semuanya terjadi apabila Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya.
Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah.
Mengulas mengenai filem berkenaan, Eyra walaupun agak takut mengarahkan naskhah berat itu namun dia berjanji untuk tampilkan suatu kelainan terutama pada plot cerita.
“Selepas mengarahkan drama serta menjadi penolong pengarah untuk beberapa filem, saya ingin tampil mencuba sesuatu yang baru. Kelainan pastinya pada konsep penceritaan yang tidak hanya menekankan pada percintaan semata-mata namun disuntik dengan permainan emosi.
“Saya positif dengan gandingan Adi dan Nora memandangkan mereka sudah berpengalaman serta cemerlang ketika melakonkan Tentang Dhia,” katanya.
Apakah kesudahan kisah cinta agung Johan dan Arlisa? Sama-sama kita nantikan filem ini yang dijadualkan memulakan tayangannya di panggung akhir tahun ini.

No comments:
Post a Comment