LOS ANGELES - Penyanyi British, Adele menyapu bersih enam trofi Anugerah Grammy edisi ke-54. termasuk kategori Lagu Terbaik melalui Rolling in the Deep dan Album Terbaik, 21.
Adele, 23, turut memenangi Rekod Terbaik, Album Pop Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik dan Video Muzik Pendek Terbaik pada malam anugerah gilang-gemilang itu.
Beliau berjaya mengetepikan mengalahkan calon popular lain seperti Lady Gaga, Bruno Mars, Katy Perry dan Foo Fighters.
Pada acara itu, Adele turut mengadakan persembahan pertamanya menerusi lagu Rolling in the Deep selepas berehat selama beberapa bulan kerana menjalani pembedahan memperbaiki masalah tekak dan peti vokalnya pada November lalu.
No comments:
Post a Comment