Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Friday, February 10, 2012

360 ceria terima wang BR1M

SEREMBAN: Seramai 360 individu masing-masing 10 orang bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) muncul kumpulan pertama di negeri ini menerima RM500 di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), baru-baru ini.

Selain tersenyum gembira, semua penerima menyambut baik bantuan itu yang disifatkan dapat meringankan beban kehidupan mereka.

Ibu tunggal yang juga pengasuh tadika, K Sasidewi, 54, berkata, dia bersyukur menerima bantuan itu yang boleh digunakan untuk persekolahan anaknya.

“Saya mempunyai tiga anak yang masih bersekolah dan sememangnya berhasrat untuk menggunakan wang itu untuk anak.

“Bantuan itu amat bermakna bagi kami sekeluarga dan jelas menunjukkan bahawa kerajaan amat prihatin terhadap keperluan rakyat,” katanya selepas majlis penyampaian baucar BR1M yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini.

Hadir sama Speaker DUN, Datuk Razak Mansor; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hassan dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Warga emas, Abdul Jalil Yusof, 70, gembira menjadi penerima bantuan itu dan bercadang menggunakannya bagi keperluan keluarga.

“Walaupun anak ada memberi wang bulanan, bantuan ini dapat menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barang,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau kesal dengan tindakan segelintir pihak yang cuba mensabotaj program itu apabila bertindak sebagai orang tengah dan tidak memulangkan semula borang pemohon.

No comments:

Post a Comment