Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Monday, February 27, 2012

Anggota tentera maut, rakan koma dalam kemalangan

MELAKA: Seorang anggota tentera maut, manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kereta dipandu anggota polis di Jalan Klebang Besar di sini awal pagi tadi.

Mohd Azhar As yang bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang di sini mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala rakannya, Zulhilmi Faiz yang berkhidmat di sebuah kem tentera di Kuantan, Pahang cedera parah dan dilaporkan berada dalam keadaan koma.


Dalam kejadian 2.25 pagi itu, kedua-dua mereka yang berusia 26 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengunjungi Karnival Jom Heboh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh.

Setiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi Mohd Azhar dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian hadapan kereta Proton Wira dipandu seorang anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.




Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat manakala Zulhilmi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.



Anggota polis terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment