Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Monday, February 13, 2012

Lelaki, menantu diberkas dipercayai terbabit pecah rumah, curi motosikal

MELAKA: Seorang lelaki warga emas bersama menantunya dicekup polis di sini, semalam, kerana dipercayai terbabit dalam kes curi motosikal dan pecah rumah.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata dalam serbuan di Taman Krubong Jaya pada kira-kira jam 9 pagi, kedua-dua lelaki berusia 69 dan 38 tahun itu berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis.
Beliau berkata, pemeriksaan polis menemui pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah termasuk 10 buah komputer riba, empat televisyen LCD dan lima telefon bimbit selain peralatan pecah rumah seperti pemotong dan playar lipat.
"Polis turut menjumpai sebuah motosikal EX5 yang dilaporkan hilang di Banda Hilir di sini pada jam 6 Februari lalu," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, lelaki berusia 38 tahun berkenaan turut positif dadah selepas ujian air kencing dijalankan selain mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment