Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Wednesday, February 15, 2012

‘Ketawa sendiri’







TerBaeeekkk!!!!

GANDINGAN dua pelawak muda ini di pentas sememangnya ada keserasian yang mampu mencuit hati penonton. Bagaimanapun, selaku pelawak ada kalanya mereka sendiri tidak dapat menahan tawa ketika di atas pentas. Itulah yang berlaku kepada Jozan ketika pementasan Lawak Ke, Der? baru-baru ini.

Berlangsung di pentas berprestij Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 3 hingga 12 Februari lalu, Lawak Ke, Der? turut membariskan gandingan duo lain seperti Boboi diwakili Afdlin Shauki/Harun Salim Bachik, Osbon (Os/Abon), Nabil dan Harith Iskander. Ia pementasan yang berjaya dan mendapat sambutan hangat.

Zizan berkata, peluang beraksi pada pementasan Lawak Ke, Der? cukup memberikan pengalaman manis dan bermakna buatnya. Kata pelakon, pengacara dan penyanyi ini, karier sebagai pelawak sekarang bukanlah picisan. Baginya, pelawak kini adalah penghibur untuk orang ramai lebih ceria dan ketawa.

“Apa yang boleh saya katakan, pelawak sudah mula dipandang dan menjadi perhatian. Ini nyata dibuktikan penonton pada pementasan Lawak Ke, Der? yang berlangsung selama dua minggu. Ditambah lagi, pentas persembahannya di IB membuatkan lawak tempatan sudah berada pada tahap yang tersendiri.

“Sehubungan itu, saya sangat berterima kasih kepada penonton yang menyaksikannya. Malah, jujur dikatakan apabila persembahan lawak sudah berjaya dibawa naik ke IB, itu bermakna jenaka sudah diterima. Saya sendiri di pentas berasa sangat terhibur tatkala melihat penonton ketawa,” katanya.

Menjawab persoalan ketawa sendiri, Zizan berkata itu adalah sebahagian penangan ‘aura’ ketika di atas pentas. Ujarnya, lawak yang dipersembahkan bersama Johan ketika itu biasa saja dan macam tak kelakar tetapi apabila melihat penonton boleh tergelak, bermakna jenaka dibuat menjadi.

“Ditambah, Johan pun suka sangat buat ad-lib (tambahan) yang tidak dibuatnya ketika kami berlatih bersama. Jadi, tak boleh jadi kalau membiarkan dia seorang saja yang buat jenaka. Justeru, kami masing-masing saling bersaing untuk memberikan persembahan yang terbaik demi memastikan penonton benar-benar terhibur.

“Apapun, persembahan lawak Jozan menjadi kerana kami ikhlas dengan jenaka dipersembahkan. Malah, semuanya idea itu muncul dengan spontan dan tidak dirancang. Bagi Jozan, kami harus menampilkan persembahan yang konsisten berikutan pelawak lain yang beraksi dalam Lawak Ke, Der? bukan calang-calang.

“Sama ada Boboi, Osbon, mahu pun Harith, mereka memiliki pengalaman tersendiri. Jozan bukanlah tandingan mereka, tetapi penting untuk kami memberikan persembahan terbaik. Pun begitu, peluang beraksi dengan pelawak yang berpengalaman nyata membuatkan Jozan sentiasa bersedia.

“Selain itu, kejujuran kami pada lawak dipersembahkan juga menyumbang pada kejayaan ini. Keserasian Jozan bergandingan bersama membuatkan kami berdua saling mencabar diri. Sejauh mana, kami berdua mampu balas-membalas pada setiap lawak dipersembahkan supaya penonton tak henti ketawa,” katanya.

Johan pula berkata kadang-kadang apabila benda yang ad-lib itu tak dijangka berjaya membuatkan penonton terhibur, pastinya sebagai pelawak akan jadi lebih teruja. Katanya apa yang pasti, setiap malam Jozan akan tampil dengan ‘input’ baru yang dibawa naik ke atas pentas.

“Menjadi tanggungjawab saya menampilkan persembahan yang mampu membuatkan penonton terhibur kerana mereka sudah membayar tiket. Jadi, kelainan penting supaya hiburan diterima itu ada bezanya. Namun, sekalipun selalu ad-lib tetapi saya akan pastikan Zizan tidak tenggelam.

“Saya ad-lib mengikut plot kisah yang diceritakan. Saya akan pastikan, ia tidak tersasar hingga membuatkan gandingan tidak selesa. Apapun, antara saya dan Zizan, kami masing-masing sudah cukup memahami. Malah, apa yang dipersembahkan itu saya itu sekadar menjadi diri sendiri,” katanya merendah diri.

No comments:

Post a Comment