Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Monday, February 13, 2012

Gman lambat panas

BARU hendak meledak, takdir menentukan perjalanan kumpulan Gman menerusi Gelanggang Raja Lawak musim Ke-6 (RL6) terhenti setakat minggu kelima.

Keputusan yang mengejutkan penonton kerana jika dinilai dari segi persembahan Jumaat lalu, Gman tidak sepatutnya tersingkir sebaliknya kumpulan Riki. Nasib tidak menyebelahi Gman untuk meraih undi sewajarnya ekoran kumpulan yang dianggotai Lokman Hakim Mat Shum (Man), 23, dan Mohammad Aizat Ahmad Nazri (Jiggy), 22, adalah peserta terakhir membuat persembahan.
Bertemakan ‘muzikal’, kedua-dua sahabat ini akur dan terpaksa berpuas hati dengan 6.5 peratus undian.

Mengulas pengumuman penyingkiran malam itu, Jiggy mengakui, agak kecewa dan terkejut apatah lagi di saat mereka mula menemukan rentak.

“Kami akui persembahan kami sebelum ini tidak begitu konsisten dan mungkin faktor ‘lambat panas’ itu sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan undian penonton malam ini. Kami tak menyangka akan tersingkir kerana respon yang diberikan pihak juri amat baik selain penonton juga terhibur.

“Pun begitu kami reda dengan keputusan malam ini. Berjaya sampai ke minggu kelima tanpa sebarang asas lakonan serta pengalaman membuat persembahan komedi, kami anggap ia satu pencapaian yang membanggakan.

“Meskipun malam ini menjadi persembahan terbaik kami berbanding minggu sebelumnya, ia mungkin terlewat meraih undian,” katanya.

Menjawab satu soalan, siapakah yang sepatutnya tersingkir malam itu, Jiggy berkata, Riki sepatutnya keluar.

“Kalau dinilai daripada persembahan malam ini saja, tidak termasuk minggu-minggu sebelumnya, Riki peserta yang patut keluar. Tetapi hanya malam ini saja mereka kurang menyengat manakala persembahan menerusi episod sebelum ini mereka sangat bagus. Tidak mengapa, mungkin ini sudah rezeki mereka,” katanya.

Amat berharap Astro memperkenalkan undian masuk dan diberi peluang Gman mahu berjuang habis-habisan untuk bergelar juara bagi mengubah nasib keluarga mereka selain melunaskan janji membuka perniagaan yang dapat membantu sahabat-sahabat graduan mereka yang menganggur.

Pengumuman penyingkiran itu dilakukan dua pengacara sensasi, Zizan dan Johan menerusi siaran langsung RL6 di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam Jumaat lalu.

Selain Gman, dua lagi kumpulan berada di kedudukan tiga terbawah adalah Skema dengan 7.8 peratus dan Riki (8.1). Manakala 2yol mendahului kedudukan dengan pungutan markah 21.2, Zero (12.6), Shiro (12.3), Cuit (12.2), Albob (10.0) dan Selak (9.2).

Terdahulu, kumpulan King, Ketupat dan peserta solo Kodan tersingkir dari pentas RL6 pada minggu ketiga dan keempat.

Masih mengekalkan format pemarkahan 100 peratus undian penonton, persembahan peserta dimantapkan dengan bimbingan pengarah filem Ahmad Idham selaku Cif Besar dan tiga Cif Kecik iaitu Yus, Angah dan Tauke.

Manakala tiga pengkritik terdiri daripada produser filem dan drama David Teo, pelawak Sathia dan produser dan pelakon Sheila Rusly.

No comments:

Post a Comment