Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Sunday, February 19, 2012

Pelanggan bertempiaran lori bergerak sendiri

KUALA LIPIS: Beberapa pelanggan yang menikmati makanan di sebuah gerai, nyaris maut apabila sebuah lori membawa muatan 16 tan kelapa sawit yang diletakkan berhampiran premis itu, tiba-tiba bergerak dan merempuh gerai terbabit di Kampung Kuala Lanar, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, pemandu lori berkenaan, Sarifuddin Abdul Hamid, 34, memberhentikan kenderaannya berhampiran gerai itu untuk bersarapan dan dia mendakwa sudah menarik brek tangan serta meletakkan sebatang kayu beluti sebagai penyendal tayar hadapan kenderaan berat itu.

“Saya terkejut apabila melihat lori yang saya letakkan kira-kira 50 meter dari gerai itu bergerak sebelum melanggar sebuah kereta di hadapan gerai dan merempuhnya,’’ katanya.

Sarifuddin berkata, ketika kejadian, dia baru melangkah masuk ke dalam gerai dan mendengar bunyi yang kuat kerana lori itu merempuh bahagian depan kedai sebelum terbalik ke dalam longkang di tepi jalan.

“Saya kerap meletakkan lori di bahu jalan gerai makan di Kuala Lanar selepas selesai memunggah kelapa sawit dari Jerantut. Saya sering berhenti di sini untuk bersarapan sebelum menghantar muatan ke Kilang Sawit di Felda Kechau,” katanya.

Bagaimanapun, Sarifuddin bersyukur kerana seorang kanak-kanak yang berada di dalam kereta yang dirempuh lorinya itu tidak cedera dan semua pelanggan di gerai makan itu selamat.

Sementara itu, pemilik gerai terbabit, Sabariah Che Ismail, 53, berkata, ketika kejadian dia baru memulakan perniagaan dan melayani lima pelanggan.

No comments:

Post a Comment