Kota Bharu: Bijak meyakinkan mangsa kononnya terkena buatan orang, seorang lelaki berusia 50-an dipercayai bomoh dengan mudah memperdaya seorang pemilik kedai makan hingga wanita itu menyerahkan barang kemas bernilai RM18,000 milik kakaknya sebagai pengeras.
Dalam kejadian di Pengkalan Chepa, dekat sini, awal Februari lalu, pemilik kedai makan berusia 41 tahun itu didatangi bomoh terbabit yang memberitahu dia kononnya terkena buatan orang dan perlu dirawat secara tradisional.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada 6 Februari lalu dan suspek ditahan pada 7 Februari lalu di rumahnya di Wakaf Bharu, Tumpat.
“Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment