Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Wednesday, February 13, 2013

Dua inspektor berdepan hukuman lebih berat


Petra Jaya: Dua pegawai polis yang dituduh mengakibatkan kecederaan ke atas seorang tahanan pada 4 November lalu, berdepan hukuman lebih berat apabila Mahkamah Sesyen Kuching semalam, membenarkan pertuduhan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Amelati Parnel membenarkan tuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan ke atas Inspektor Mohd Ezri Azmar Pavel, 31 dan Inspektor Hazril Mohamed Yusof, 33, dipinda mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Kanan Yaacub Chin dalam hujahnya berkata, pindaan itu perlu dibuat berikutan tahanan, Kamarul Zamrizal Kamaruzaman, 30, meninggal dunia Jumaat lalu ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS), selepas koma sejak November lalu.

Sementara itu, di Mahkamah Tinggi Kuching ketika pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim Datuk Rhodzariah Bujang, kedua-dua tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching itu mengaku tidak bersalah.

Hakim menetapkan 6 hingga 17 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan dengan kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela Shankar Ram Asnani.

Mereka didakwa menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak (IPK) di Jalan Nagor kira-kira jam 7 malam 4 November lalu.

No comments:

Post a Comment