Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan Kelantan akan berkembang maju jika Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu.
Di hadapan 15,000 anak Kelantan yang berkhidmat sekitar Lembah Klang, beliau menekankan komitmen kerajaan yang tidak berbelah bahagi untuk membangunkan Kelantan, sekali gus menyedia peluang pekerjaan untuk penduduknya sendiri.
“Saya sedih apabila Tok Pa (Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad) cakap tadi setengah juta rakyat Kelantan terpaksa keluar berhijrah untuk mencari makan (bekerja).
“Tapi orang Kelate (Kelantan) semuanya cekap...saya akui dan sebab itu sekiranya kerajaan diberi mandat, kita bersedia untuk tukar (corak pimpinan), malah pastikan bumi Kelantan ini, jadikan ia gelombang merah.
“Komitmen kita membangun berasaskan prinsip Islam seiring dengan kemajuan semasa kerana Islam itu agung, bawa kegemilangan dan progresif serta ia akan mendorong kepada kejayaan,” katanya ketika berucap di Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate di Perantauan 2013, semalam.
No comments:
Post a Comment