Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Wednesday, February 13, 2013

Kasino mini ala ‘pasar malam’


Kuala Selangor: Pasar malam biasanya menjual pelbagai keperluan dapur atau kelengkapan rumah, namun tidak bagi ‘pasar malam’ dalam ladang di Jalan Ijok-Kuala Selangor, di sini, apabila ia khusus untuk berjudi.
Ironinya, ‘pasar malam’ terbabit terbuka kepada semua kaki judi namun hanya kenderaan VIP dibenarkan masuk manakala pemain kelas bawahan perlu meletakkan kenderaan di kawasan luar dan dijemput kenderaan disediakan penganjur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, penganjuran pasar malam ala kasino mini itu terbongkar dalam serbuan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Menurutnya, serbuan sempena ‘Ops Limau’ itu dilakukan jam 11.30 malam hasil maklumat orang ramai dan hasilnya, 13 lelaki berusia 28 hingga 61 tahun diberkas. Seorang daripadanya didapati penganjur pusat perjudian berkenaan.

“Dalam serbuan itu, kami turut merampas wang berjumlah RM21,200 selain peralatan perjudian seperti cip (314 keping), dadu (15 biji), kad pertaruhan pelbagai nilai (144 keping), piring dan mangkuk.

“Mereka didapati berjudi di bawah khemah dan nilai pertaruhan mencecah ratusan ribu ringgit, ketika serbuan 20 individu leka berjudi namun melarikan diri sejurus menyedari kehadiran polis,” katanya.
Foto
ANGGOTA polis merampas peralatan perjudian dalam serbuan di pasar malam terbabit.
Menurutnya, mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan direman tiga hari untuk disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana berjudi dan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment