Panduan Bisnes Kedai Dobi Yang Menguntungkan!

Thursday, February 28, 2013

Sengaja persia peluang

Kuala Lumpur: Jurulatih skuad Bawah 23 Tahun negara (B-23), Ong Kim Swee melahirkan rasa tidak puas hati terhadap prestasi anak buahnya selepas mensia-siakan peluang melakar kemenangan apabila membenarkan Laos bangkit mengikat kedudukan 3-3 pada aksi persahabatan di Vientiane, kelmarin.

Selepas mendahului 3-1, skuad muda negara melakukan kesilapan hingga memberi ruang kepada Laos yang dibarisi pemain senior menyumbat dua gol dalam tempoh lima minit terakhir.


Biarpun mengaku prestasi pemain lebih baik berbanding ketika seri dengan Myanmar 0-0 dalam satu lagi aksi persahabatan minggu lalu, Kim Swee nyata kurang senang dengan keputusan diraih di Vientiane kali ini.

“Kita bermain lebih baik berbanding menentang Myanmar tapi selepas mendahului 3-1, kita gagal mengawal keadaan hingga dibolosi dua gol dalam lima minit terakhir menerusi sepakan penalti dan kesilapan pemain mengeluarkan bola.

“Saya mahu semua pemain khususnya pemain baru lebih matang apabila berada dalam tekanan. Saya memang belum puas hati dengan prestasi keseluruhan pasukan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro di Vientiane semalam.

Pada perlawanan itu, gol skuad negara disumbang A Thamil Arasu, Rozaimi Abd Rahman dan Muhammad Nurridzuan Abu Hassan.




ROZAIMI (kiri) berjaya jaring satu gol.

Skuad kendalian Kim Swee kembali ke tanah air malam semalam dan akan berlatih seperti biasa sebelum berlepas ke Slovakia bagi sesi latihan dan perlawanan bermula 15 Mac sebagai persiapan menghadapi misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA Myanmar hujung tahun ini.

Sementara itu, Kim Swee mengesahkan masih belum ada kata putus mengenai kontrak dua pemain Harimau Muda A, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Wan Zaharulnizam Zakaria bersama Ryukyu FC meskipun wakil kelab divisyen tiga Jepun itu datang ke Laos untuk mengadakan perbincangan.

“Hasil perbincangan dengan wakil kelab itu nampak positif tapi keputusan akhir hanya diketahui selepas satu lagi perbincangan pada 11 Mac ini.”

Dua maut hidu asap

Petaling Jaya: Dua pekerja sebuah restoran nasi kandar di Jalan 14/14 Seksyen 14, di sini, maut dipercayai akibat lemas terhidu asap tebal dalam kejadian kebakaran di asrama tingkat tiga restoran itu.

Dalam kejadian jam 7 malam tadi, kedua-dua mangsa warga India berusia 28 dan 37 tahun masing-masing ditemui dalam bilik dan tandas tingkat tiga asrama berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7 Esa Aini berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 7.54 malam membabitkan kebakaran atas restoran nasi kandar Seksyen 14, di sini.

“Sebanyak tiga jentera dihantar ke lokasi kejadian dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Damansara dan Penchala membabitkan 27 pegawai dan anggota.



ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa lemas.


“Jentera pertama tiba jam 8.01 malam. Seramai lapan pekerja restoran terperangkap di tingkat tiga asrama berkenaan ekoran api marak dan asap tebal,” katanya kepada pemberita, semalam.

Kejar kereta pulang RM37,500



Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.

“Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,” katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.



Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.

Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.



Amir Azizan


Amir Azizan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu ketika dia ke pasar raya berkenaan untuk membeli akhbar.

Sunday, February 24, 2013

Rahsia Buat Duit Online RM245,752 kini Terbongkar!!!!


"Laporan Sulit Membongkar 7 Rahsia Buat Duit Dari Rumah Yang Saya Gunakan Untuk Transformasikan Diri DaripadaHidup-Makan-Gaji Kepada SeorangJutawan Automatik Dalam Masa Hanya 15 Bulan Sambil Tengok DVD DiRumah!"

"CEPAT!!!CEPAT!!!CEPAT!!!CEPAT!!!CEPAT!!!


Untuk masa yang terhad, anda boleh download laporan eksklusif "Rahsia Buat Duit Online RM245,752 Dari Rumah" secara PERCUMA sebelum saya ubah fikiran dan menjualnya dengan harga RM97 (Serius!)


SIAPA NAK BAGI!!!

Sunday, February 17, 2013

BN perintah Kelantan maju



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan Kelantan akan berkembang maju jika Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu.
Di hadapan 15,000 anak Kelantan yang berkhidmat sekitar Lembah Klang, beliau menekankan komitmen kerajaan yang tidak berbelah bahagi untuk membangunkan Kelantan, sekali gus menyedia peluang pekerjaan untuk penduduknya sendiri.

“Saya sedih apabila Tok Pa (Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad) cakap tadi setengah juta rakyat Kelantan terpaksa keluar berhijrah untuk mencari makan (bekerja).
“Tapi orang Kelate (Kelantan) semuanya cekap...saya akui dan sebab itu sekiranya kerajaan diberi mandat, kita bersedia untuk tukar (corak pimpinan), malah pastikan bumi Kelantan ini, jadikan ia gelombang merah.

“Komitmen kita membangun berasaskan prinsip Islam seiring dengan kemajuan semasa kerana Islam itu agung, bawa kegemilangan dan progresif serta ia akan mendorong kepada kejayaan,” katanya ketika berucap di Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate di Perantauan 2013, semalam.

Parti lalok tingkat 18


Polis menahan 26 lelaki dan 12 wanita yang sedang mengadakan pesta liar, termasuk kegiatan pengambilan dadah di sebuah kondominium mewah yang disewa, kira-kira jam 2.30 pagi semalam.
Ketika polis menyerbu unit rumah di tingkat 18 kondominium yang terletak di Jalan Anjung Putra, Off Jalan Sultan Ismail itu, semua yang ditahan berusia 18 hingga 31 tahun itu sedang leka berseronok menikmati alunan muzik ala disko.

Siasatan awal mendapati 22 daripada mereka positif dadah dan enam orang pula memiliki dadah.
Dalam serbuan itu juga, polis merampas sejumlah dadah jenis ganja, pil Ecstasy dan Eramin 5.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kondominium mewah itu disewa pada harga antara RM800 hingga RM1,000 semata-mata untuk mengadakan parti ‘lalok’.

“Hasil maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Narkotik Dang Wangi bergegas ke tempat berkenaan dan ketika serbuan dilakukan, mereka lengkap berpakaian, namun hasil pemeriksaan mendapati semua mereka dalam keadaan khayal.
“Parti liar itu diadakan sejak sebulan lalu, malah dijalankan hampir setiap malam hingga mengganggu penduduk,” katanya.

Menurutnya, risikan awal mendapati kira-kira 20 hingga 40 pemuda terbabit dalam parti liar berkenaan dan seorang penganjur berusia 31 tahun turut ditahan bersama peralatan radio dalam serbuan itu.
Katanya, turut ditemui bekalan arak dan mereka dibawa ke IPD Dang Wangi untuk saringan air kencing, Selepas saringan air kencing, 22 daripada mereka didapati positif dadah manakala enam lagi didapati memiliki dadah.

‘Kita berhak halang Xenophon masuk Malaysia’


Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hubungan Malaysia dengan Australia tidak akan terjejas berikutan penahanan Senator Australia Nick Xenophon daripada memasuki negara ini.
Beliau berkata, Malaysia mempunyai hak untuk menguatkuasakan undang-undang sendiri termasuk melarang mana-mana individu memasuki negara.

“Jika beliau (Xenophon) datang ke sini dengan niat tidak baik, lebih baik tidak datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Festival Sambutan Tahun Baru Cina 2013 di sini, semalam.
Dr Mahathir mengulas mengenai penahanan Senator Australia itu di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, semalam setelah didapati mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.

Bekas perdana menteri itu bagaimanapun berkata, kerajaan Australia juga berhak melontarkan kritikan berhubung insiden penahanan warganya itu.

“Jika mereka mahu mengkritik, mereka boleh mengkritik. Kita tidak perlu melayan mereka,” katanya.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Dr Mahathir mengingatkan semua rakyat supaya sentiasa mengamalkan sikap berkongsi sesama kaum di negara ini.

Katanya, amalan berkongsi dalam kuasa kepemimpinan kerajaan dan kekayaan negara selama ini mengukuhkan kestabilan dan keamanan dalam kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai pegangan agama.
“Malaysia negara berbilang kaum, tetapi kita tidak bermusuh antara kaum, sebaliknya kita lebih suka bekerjasama. “Kerana kita sanggup kongsi, maka negara kita menjadi aman dan kita dapat kongsi kuasa kerajaan dan juga kejayaan dalam negara kita ini. Tidak ada siapa yang ketinggalan,” katanya.

Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta menteri kabinet.

Sambil berkata kepemimpinan kerajaan Malaysia sedia ada adalah terbaik, Dr Mahathir berkata, amalan perkongsian itu ditekankan sejak kepemimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama Malaysia.

“Tidak ada negara dalam dunia ini dapat merayakan hari kebesaran kaum seperti di Malaysia ini. Sekurang-kurangnya setiap rakyat Malaysia boleh kata ‘Gong Xi Fa Cai’,” katanya.

Dr Mahathir turut menemani Najib menggaul ‘Yee Sang’ sepanjang 977 meter yang diletakkan di sepanjang Jalan Bukit Bintang, tempat berlangsungnya majlis itu. 

Dua tahanan lolos masih dalam Malaysia


TASEK GELUGOR: Polis Pulau Pinang percaya dua tahanan iaitu Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, yang meloloskan diri daripada tahanan polis ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth baru-baru ini, masih berada dalam negara.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berdasarkan maklumat yang diterima mereka dikatakan bersembunyi di beberapa kawasan bagi mengelak dikesan polis. 
"Mereka telah keluar daripada kawasan operasi iaitu Permatang Pauh dan negeri ini tetapi belum ke negara jiran atau keluar daripada Malaysia, dua tahanan itu dipercayai bersembunyi di sekitar negeri berhampiran Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sahsiah Unggul Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, di sini hari ini. 

Beliau berkata polis negeri ini masih menjalankan Ops Kesan Gelugor bagi memburu dua lelaki terbabit dan kontinjen di negeri lain juga sedang bekerjasama menjejaki mereka.

Pada kejadian 9 pagi 7 Jan lepas, sembilan tahanan itu meloloskan diri selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring daripada van polis.

Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi iaitu Mohd Fairuz Adam, 31, dan Mohd Noor Mustafa, 28, ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada 10 Jan. 

Manakala Mohd Farid Akhtar, 24, Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, dan Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, yang berjaya ditahan semula, mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan di Mahkamah Majisteret Butterworth pada 25 Jan lepas. 

Sementara itu, Abdul Rahim berkata pihaknya telah mengambil tindakan menggantung kerja seorang anggota polis berpangkat sarjan berusia 50-an, yang bertugas menyelia dan mengatur kawalan keselamatan dalam kejadian itu. 

"Kita sudah gantung kerja penyelia (sarjan) yang mengatur kawalan keselamatan untuk beri pengajaran kepada dia kerana tidak mengikut SOP, sepatutnya dia bagi black maria tetapi bagi van polis sahaja untuk bawa sembilan tahanan terbabit," katanya. 

Abdul Rahim berkata empat anggota polis yang mengiringi tahanan terbabit pula masih disiasat dan akan dikenakan tindakan disiplin jika didapati berlaku kecuaian. 

Polis mengesahkan Psy terima ugutan bunuh



KEPALA BATAS: Polis mengesahkan penyanyi PSY yang popular dengan tarian kuda atau 'Gangnam Style' menerima ugutan bunuh ketika mahu mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina (TBC) di negeri ini, minggu lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata ugutan bunuh berkenaan diterima melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Pengurus kepada PSY, Dan Barrett yang meminta polis meningkatkan kawalan keselamatan ke atas penyanyi berkenaan. 
Katanya, antara ugutan berkenaan ialah “kami akan menunggu PSY di mana saja sama ada di hotel atau lapangan terbang” yang dihantar pihak tidak kenali beberapa jam sebelum persembahan berlangsung. 

“Walaupun menerima ugutan berkenaan, PSY meneruskan persembahan sempena sambutan TBC yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Seramai 11 pegawai polis ditugaskan bagi mengawasi keselamatan PSY sepanjang dia membuat persembahan,” katanya selepas merasmikan program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Irshad, dekat sini, pagi tadi.

Chelsea mara bergaya


Chelsea berjaya mengelak daripada menjadi mangsa terbaru pada saingan Piala FA apabila juara bertahan itu melangkah ke pusingan kelima selepas mencatat kemenangan 4-0 ke atas pasukan Divisyen Satu, Brentford semalam.
Arsenal, Tottenham dan Liverpool adalah antara kelab gergasi Liga Perdana Inggeris yang dimalukan pasukan liga bawahan musim ini, tetapi Chelsea bermula hambar.

Mujur jaringan pada separuh kedua menerusi Juan Mata, Oscar, Frank Lampard dan John Terry pada perlawanan ulangan semalam selepas sekadar seri 2-2 di Brentford sebelum ini, menggembirakan penyokong di Stamford Bridge.
Masih terlalu awal untuk melabelkan pasukan kendalian Rafael Benitez kembali berada di landasan tepat selepas melalui kempen yang tidak konsisten, namun sekurang-kurangnya keputusan itu mengelak mereka daripada malu di hadapan penyokong sendiri.

Chelsea yang memenangi Piala FA sebanyak empat kali sepanjang enam musim terakhir, akan berkunjung ke pasukan Liga Kejuaraan, Middlesbrough untuk menghadapi perlawanan pusingan kelima pada 27 Februari ini.

Terry, kapten Blues yang baru pulih daripada kecederaan lutut, adalah antara pemain utama yang membarisi skuad Chelsea sekali gus membuktikan betapa Benitez begitu menghormati lawan mereka itu selepas berjaya mengikat kedudukan seri 2-2 di Griffin Park.
Chelsea dilihat bergelut pada babak pertama dengan cubaan Branislav Ivanovic tersasar, begitu juga tandukan Mata.

Lampard juga beraksi cemerlang apabila melorongkan bola cantik kepada Oscar, namun rembatan jarak dekat pemain Brazil itu berjaya dinafikan pertahanan lawan, Harlee Dean. Aksi hambar Chelsea itu di bawah kendalian Benitez semakin menyukarkan bekas pengendali Liverpool itu dalam usahanya untuk memenangi hati peminat dan mereka sekali lagi secara terbuka mengejek pengendali dari Sepanyol itu di dalam stadium sebagai rasa tidak puas hati pemecatan pengurus terdahulu, Roberto Di Matteo.
Chelsea bangkit pada separuh masa kedua menerusi gol pertama Mata yang merembat deras menewaskan penjaga gol Brentford, Simon Moore pada minit ke-54. Gol pertama itu mengurangkan tekanan Chelsea yang kemudiannya terus membunuh aksi cemerlang Brentford.

Oscar menambah gol kedua pada minit ke-68 sebelum Lampard menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-72.

Gol itu adalah jaringan ke-199 peribadinya sepanjang bersama Chelsea sekali gus menjadikannya penjaring terbanyak kelab pada saingan Piala FA.

Terry menambah derita Brentford apabila menambah gol keempat pada minit ke-81.

Pengantin Lari


Majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung meriah, semalam bertukar kenduri doa selamat selepas pengantin perempuan menghilangkan diri tiga hari sebelum dinikahkan.
Norazlina Ismail, 23, sepatutnya diijab kabul dengan tunangnya, kelmarin, tetapi ia terpaksa dibatalkan selepas dia gagal pulang ke rumah sejak Rabu lalu.

Ibunya, Salmiah Ahmad, 56, berkata, ketika kejadian dia dan suami, Ismail Saad, 60, tiada di rumah kerana pergi ke mahkamah di Jawi atas satu urusan dan kehilangan anak kelima daripada enam beradik itu disedari selepas dia gagal pulang ke rumah mereka di Taman Pekatra, Simpang Ampat, di sini.
Menurutnya, anaknya tiada masalah dengan keluarga atau tunangnya dan Norazlina mahu mengahwini lelaki itu kerana mereka sudah tiga tahun mengikat tali pertunangan.

“Ketika saya dan suami keluar rumah pagi itu (Rabu), dia (Norazlina) ada di rumah bersama anak bongsu (Norsyamira, 16). “Tetapi, menurut Norsyamira, kakaknya meminta dia menghantarnya ke jalan besar di depan taman ini kerana mahu berjumpa kawan yang pernah bekerja kilang bersamanya untuk mengambil wang di Taman Pelangi.

“Kebiasaannya, kalau keluar dia akan pulang jam 1 tengah hari, tetapi sehingga hari ini dia tidak pulang. “Saya menghubunginya jam 11 pagi pada hari kejadian bertanyakan mengenai komputer riba adiknya. Itu kali terakhir saya bercakap dengannya dan cubaan kedua menghubunginya gagal apabila talian telefonnya dimatikan,” katanya.

Karpal: DAP sudah serah laporan penyata tahunan kepada RoS


Karpal Singh
Karpal Singh
GEORGETOWN - DAP hari ini mengesahkan telah menghantar laporan penyata tahunannya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 8 Februari lepas.
  
Pengerusinya Karpal Singh berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan RoS sekiranya dipanggil untuk memberi penjelasan dan beliau menyifatkan dakwaan yang mengatakan parti itu gagal mengemukakan laporan itu sebagai 'kenyataan tidak bertanggungjawab'
  
"Laporan itu telah disahkan penerimaannya oleh RoS. Sekiranya dipanggil oleh RoS, DAP sedia memberi penjelasan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menggesa ROS memulakan siasatan terhadap DAP yang didakwa tidak menyerahkan laporan kepada badan itu.
  
Justeru, beliau berkata dakwaan yang mengatakan DAP belum menghantar laporan penyata tahunannya adalah tidak benar dan tidak berasas.
 
Dalam perkembangan lain, Karpal yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor meminta polemik isu kalimah Allah serta protes jalanan bertujuan menyerang beliau secara peribadi dihentikan semua pihak kerana perkara itu dianggap telah selesai.
  
Beliau berkata pakatan pembangkang tetap berpegang kepada keputusan yang dibuat pada 8 Januari lepas bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.
  
"Ini pendirian pakatan pembangkang yang dibuat dalam mesyuarat yang dihadiri
(Presiden Pas) Datuk (Seri) Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan (Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
"Keputusan majlis syura ulama Pas adalah satu bahagian kecil dan tidak mewakili majoriti," katanya.
  
Mengulas mengenai laporan akhbar bahawa Pas akan keluar dari pakatan sekiranya kerjasama antara mereka merugikan Islam dan Melayu, Karpal berkata kenyataan itu terlalu umum dan boleh dipertikaikan kesahihannya.
  
"Saya tidak akan menjawab kepada persoalan yang spekulatif," katanya.
  
Beliau turut menegaskan hubungan antara DAP, PKR dan Pas masih baik walaupun terdapat percanggahan pendapat di antara mereka.

Misi cari serpihan tahi bintang dicari

SEORANG pegawai polis Rusia semalam mengawal lubang yang dipercayai tempat sebutir tahi bintang jatuh di Tasik Chebarkul, Chelyabinsk kelmarin.


MOSCOW - Sekumpulan orang menyelam ke dasar sebuah tasik yang berais semalam untuk mencari serpihan sebutir tahi bintang yang jatuh ke bumi selepas meletup di udara sehingga mengakibatkan 1,200 penduduk cedera dan ribuan rumah musnah.
Seorang jurucakap Kementerian Kecemasan Rusia berkata, enam penyelam memeriksa dasar Tasik Chebarkul di wilayah Chelyabinsk, 1,500 kilometer dari sini untuk mencari serpihan tahi bintang yang jatuh kelmarin.
Terdapat sebuah lubang besar di tasik berais itu yang dipercayai menjadi tempat tahi bintang tersebut jatuh.
Tasik itu terletak 80 kilometer dari bandar Chelyabinsk.
Namun, enam penyelam tersebut yang menyelam selama tiga jam gagal menemui sebarang serpihan tahi bintang.
"Mereka mendapati dasar tasik itu dipenuhi dengan 1.5 meter lumpur tebal," kata salah seorang anggota mencari itu kepada media Rusia.
Gambar yang disiarkan agensi berita Reuters semalam menunjukkan satu serpihan kecil dipercayai daripada tahi bintang itu.
Beberapa saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan milik Amerika Syarikat menganggarkan jumlah tenaga yang dibebaskan akibat kesan perlanggaran dengan atmosfera itu adalah kira-kira 30 kali ganda daripada bom atom yang digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Letupan tahi bintang seberat 10 tan itu telah menyebabkan sejumlah tingkap kaca lebih 4,000 buah bangunan pecah di wilayah itu.
Bumbung dan dinding sejumlah bangunan juga runtuh selepas bebola api dan letupan dilihat sebahagian penduduk di wilayah berkenaan.
Gabenor wilayah berkenaan, Mikhail Yurevich menyatakan kerugian akibat letupan itu dianggarkan AS$33 juta (RM102 juta).
Ramai mangsa cedera akibat terkena kaca dan pelbagai serpihan yang pecah akibat letupan tersebut. - Agens

Saturday, February 16, 2013

Tiga jam tunggu Fizz




Minggu ini Fizz Fairuz jadi buruan ramai rakan media berikutan gambar majlis pertunangannya dengan gadis bernama Azlyn Massiela tersebar di internet.
Tindakannya bertunang secara senyap itu dikecam banyak pihak malah ada yang menyifatkan dia tidak jujur. Ramai yang simpati dengan kekasihnya, Almy Nadia apabila Fizz bertunang dengan wanita lain. Belum habis kontroversi itu diperkatakan, timbul pula cerita baru yang membabitkan Fizz. CAK dapat tahu dia sudah bikin hati tenaga pekerja program baru terbitan TV3 terbakar apabila tidak hadir pada hari rakaman. Game show Woot Woot yang dihoskan Amyza Aznan dan Wahid Senario itu membabitkan ramai artis. Rakaman dilakukan di Ulu Yam dan pada hari dijanjikan, Fizz tidak hadir. Lebih membuatkan produksi itu bengang apabila dia langsung tidak dapat dihubungi. Mereka terpaksa menangguhkan penggambaran selama tiga jam semata-mata menunggu kehadirannya walhal artis lain sudah ada. Apa lagi, angin satu badanlah jawabnya. Mujurlah artis lain sabar, kalau tidak bertambah haru-biru jadinya. Terpaksalah tempatnya digantikan dengan artis jemputan lain. Biar apapun alasannya, Fizz sepatutnya tidak boleh membiarkan orang tertunggu-tunggu kehadirannya. Bukan apa, tindakannya itu menyusahkan ramai orang. Kot ia pun tertekan dengan pendedahan majlis pertunangannya, Fizz kenalah profesional dan mendahulukan kerja. Soal peribadi perlu diketepikan dulu. Tak tahulah pula kalau Fizz takut wartawan dan penulis blog menunggunya di lokasi rakaman program itu sampai tak berani tunjuk muka. Keesokan harinya, seorang pendatang baru yang membintangi drama yang kini hangat bersiaran di TV3, Rindu Bertamu di Abu Dhabi terkena penyakit berjangkit Fizz. Dia pun tidak tunjuk muka dan hilang tanpa dapat dikesan. Misteri sungguh!

Mancini tak pandang rendah


MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini tidak memandang rendah kemampuan Leeds menjelang perlawanan pusingan kelima Piala FA di Eastlands, malam ini.
Skuad Mancini semakin jauh daripada buruan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila ketinggalan 12 mata dengan baki 12 perlawanan kepada pendahulu liga, Manchester United. Malah, City juga tersingkir daripada pusingan kalah mati peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Pengurus pasukan berasal dari Itali itu menerima hakikat City mungkin mempunyai lebih peluang untuk menjulang Piala FA dan optimis musim ini akan berakhir baik sekiranya mereka berjaya menjulang trofi yang dimenangi pada 2011.
Namun, beliau tidak memandang remeh kemampuan Leeds yang menyingkirkan pasukan Liga Perdana, Tottenham Hotspur pada pusingan keempat.

“Piala FA kini berbeza. Pertemuan menentang Leeds bukan tugas mudah kerana mereka berjaya menundukkan Tottenham.

“Dalam Piala FA, setiap perlawanan sukar. Ini adalah caranya untuk kami tampil dengan aksi lebih baik berbanding tiga bulan lalu tapi peluang kami ke final cerah,” katanya.
Lantaran itu, Mancini juga tampil melaungkan cabaran untuk bangkit selepas tewas 1-3 di tangan Southampton, minggu lalu.

Penjaga gawang dari Romania, Costel Pantilimon menggantikan tempat Joe Hart yang direhatkan.
Mancini sebelum ini merancang untuk menyenaraikan barisan pemain utama menentang skuad kendalian Neil Warnock itu, sama seperti yang pernah dilakukannya ketika menewaskan Watford dan Stoke untuk layak ke pusingan kelima.

“Warnock pengurus hebat dan berpengalaman. Saya menentang kelabnya, QPR tahun lalu dan kami berdepan masalah dan hanya menang 3-2 di London. Beliau sememangnya pakar taktik bola sepak.

“Saya akan melakukan sedikit rombakan kerana ada beberapa pemain yang cedera. Namun, saya tetap menyenaraikan pemain utama di padang.” - AFP

Terpedaya taktik sedih


Kuala Lumpur: Seorang suri rumah berusia 40 tahun berputih mata apabila menyerahkan semua barang kemas miliknya bernilai lebih RM2,000 selepas terpedaya dengan taktik sedih seorang wanita yang mendakwa adik perempuannya keguguran dan perlu mendapatkan rawatan segera di hospital.
Dalam kejadian di sebuah pasar pagi di Bangsar Baru di sini, Khamis lalu, suspek yang juga wanita warga Indonesia berusia 30-an merayu meminta dipinjamkan wang dengan 'mencagarkan' tiket nombor ekor yang memenangi hadiah RM50,000 kepada suri rumah berkenaan.

Biarpun enggan menerima tiket nombor ekor berkenaan, mangsa yang simpati kemudian menyerahkan barang kemasnya iaitu rantai leher, gelang tangan, loket dan cincin sebelum wanita terbabit berjanji akan memulangkan pada keesokan harinya.
Sumber polis berkata, mangsa yang bersendirian membeli barangan keperluan harian di pasar pagi berkenaan sebelum dihampiri wanita terbabit.

“Suspek merayu kepada mangsa untuk membantunya membawa adik perempuannya yang keguguran ke hospital kerana dia tidak mempunyai wang.

“Pada mulanya, mangsa enggan membantu, namun selepas suspek menunjukkan tiket nombor ekor dimenanginya dan mahu mencagarkannya jika suri rumah itu tidak mempercayainya, mangsa berubah fikiran,” katanya.
Sumber berkata, biarpun enggan menerima tiket nombor itu sebagai cagaran, mangsa menyerahkan barang kemasnya kepada wanita terbabit.

“Suspek berjanji akan memulangkannya semula barang kemas itu kepada mangsa selepas menebus tiket nombor ekor berkenaan keesokan harinya,” katanya.

Tidak salah remaja ada akaun Facebook


Kuala Lumpur: Tidak salah remaja memiliki akaun laman sosial Facebook (FB), tetapi ibu bapa perlu memantau setiap kegiatan anak, termasuk rakan maya, bagi memastikan teknologi itu digunakan pada jalan betul.
Pakar motivasi, Prof Madya Md Izzudin Ali berkata, selain aspek itu, komunikasi antara ibu bapa dan anak penting supaya mereka tidak tersesat menghadapi dunia yang semakin moden ini.

“Zaman ini, ramai ibu bapa terlalu mengikut telunjuk anak dan tak berani nak tegur kesilapan kerana takut anak mereka buat perkara tak elok, misalnya lari dari rumah,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Prof Izi berkata, kebanyakan penjaga hanya mementingkan pencapaian akademik semata-mata tanpa menitikberatkan soal agama kepada anak.

“Ramai bangga apabila anak dapat subjek A dalam semua mata pelajaran. Setiap hari pasti ibu bapa tanya bagaimana pencapaian di sekolah. Namun, tidak ramai ibu bapa bertanya anak mereka mengenai solat.

“Hakikatnya, agama memainkan peranan terpenting dalam mendidik anak selain elemen kasih sayang. Luangkan masa bersama mereka dan bercakap secara psikologi, bukan melalui kekerasan,” katanya.

Selamat tinggal seksi


Imej seksi memang sinonim dengannya, malah pernah digelar Artis Paling Seksi oleh satu majalah hiburan pada 1990. Mungkin pengalaman menyanyi di kelab malam membuatkan dirinya tidak kekok tampil seksi, sama ada di pentas mahupun depan kamera.
Bagaimanapun, dalam usianya kini, Datin Ramziela Radzillah, 48, banyak berubah. Dunia glamor sebagai penyanyi sudah lama ditinggalkan apabila bertemu jodoh dengan Datuk Sallehuddin Kassim, 62, pada 16 September 1999.

Tidak banyak perubahan pada susuk tubuhnya yang masih jelita dan seksi walaupun penampilan kini jauh lebih sopan dengan bertudung.
Ramziela kini bahagia dengan kehidupannya sebagai isteri dan ibu kepada seorang anak perempuan, Lily Nurlynna, 12.

Selain mengurus rumah tangga, masanya kini diisi dengan tanggungjawab di syarikat keselamatan yang diusahakan suami, DSK Security Management Services dan terbaru, mengusahakan MISICAFE di Sime Darby Pavillion, Bukit Jelutong, Shah Alam sejak September tahun lalu.

Katanya, buat masa ini pelanggan MISICAFE tidak ramai kerana khusus untuk pelajar kumpulan pertama Malaysia Institute For Supply Chain Innovation (MISI) seramai 40 orang yang semuanya orang luar seperti Australia, Amerika dan India serta pengunjung kelab.
“Kafe ini masih baru dan saya harap orang di sekitar sini juga datang menjamu selera di sini. Saya dapat peluang membuka kafe ini secara kebetulan apabila datang ke sini atas urusan syarikat pertengahan tahun lalu. Saya lihat ada ruang pameran kosong dan bertanya apa kegunaan tempat ini.

“Ketika itu memang kosong dan mereka beri pada saya kalau berminat. Apa lagi, seperti orang mengantuk disorong bantal dan terus timbul idea untuk membuka kafe.
“Sebagai permulaan, saya masak di rumah dan hidang di sini secara bufet, tetapi sekarang saya ada pekerja dan masak di sini.

“Masih ada ruang kosong dan saya bercadang jadikan pasar mini yang menjual keperluan harian dan sudut cenderamata,” katanya yang ramah melayan pelanggan yang masuk ke kafe.

Ramziela akui, minat memasak untuk keluarga dan teman sebelum ini membuatkan dirinya tertarik membuka kafe. Katanya, apabila berhenti menyanyi, hidupnya sunyi lalu minta izin suami untuk bekerja di syarikat miliknya.

“Walaupun bekerja, masih bosan kerana biasa dengan kehidupan sebagai anak seni. Kini saya sibuk di sini pula, tapi saya bahagia dengan kehidupan sekarang.

“Rumah juga tidak jauh dari kafe, tapi Lily masih terus sekolah di tempat lama. Jika suami tidak sibuk di pejabat, dia singgah di sini, kemudian mengambil Lily di sekolah,” katanya.

Kata Ramziela, buat masa ini dia tiada perancangan untuk muncul dengan album baru atau single kerana sudah puas dengan semua itu.

“Saya tak mahu nyanyi lagi kerana bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya pernah keluar duit buat album Mencari Cahaya pada 1997 dan diedarkan Redifussion.

“Malangnya, album itu kurang promosi walaupun memuatkan lagu yang bagus sentuhan komposer terkenal seperti Arab, Awang BPR dan Man Kidal, manakala lirik pula oleh Habsah Hassan.

“Itu album terakhir saya dan saya sering putarkan lagu di kafe ini untuk menghiburkan pelanggan,” katanya.

Mengenai puteri tunggalnya, kata Ramzeila, dia lebih cenderung kepada tarian dan pernah menyertai program My School Attack di Astro dan kini mengikuti kelas Sazlan Junior Dancer di Taman Tun D Ismail.

Anaknya hanya tahu ibunya dulu penyanyi popular beberapa tahun lalu apabila satu hari bertanya Ramziela benarkah dia dulu penyanyi.

“Apabila saya katakan ya, sejak itu dia selongkar stor di rumah mencari album lama dan juga gambar lama saya,” katanya tersenyum.

Mengimbas kerjaya sebagai anak seni, kata Ramziela, dia bermula sebagai penyanyi Pentarama bersama Salih Yaacob, Norshila Amin dan Shidee pada 1981, kemudian beralih ke kelab malam di hotel hingga menjelajah satu Malaysia.

Ketika menyanyi di Batu Feringgi, Pulau Pinang, Ramziela dipelawa kumpulan dari Singapura, Savior’s Band untuk menyertai mereka di Singapura.

Selama lima tahun di Singapura, Ramziela menimba pengalaman menyanyi di kelab malam terkenal di sana.

“Ketika menyanyi di Caesar’s Club, Ramli MS (Datuk) dan anggota Headwind antara yang datang. Mereka mengajak saya menyanyi di Kuala Lumpur dan menyangka saya orang Singapura. Mereka terkejut apabila saya kata saya orang Malaysia.

“Selepas itu Ramli tawarkan saya buat album dan saya merakamkan album pertama, Hati Seorang Wanita di Kings Studio pada 1989 dan album itu diedarkan Suria Records,” katanya yang mempunyai empat album dari 1989 hingga 1997.

Pak Kus meninggal


Ampang: Seniman veteran era 1950-an Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, jam 5.07 petang semalam.
Menurut anaknya, Irwan, 25, Allahyarham yang lebih mesra dipanggil Pak Kus menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Kamariah Mohd Said, 58, dan empat anaknya, Jasmine, 27, Hafsham, 26 serta Rizal, 23. “Jenazah ayah akan dibawa ke rumah keluarga di Jalan Rasmi 4, Taman Rasmi Jaya, Ampang. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang esok (hari ini) jam 11 pagi,” katanya yang sempat dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas.

Bintang Ibu Mertuaku dan Antara Dua Darjat arahan Tan Sri P Ramlee itu dimasukkan ke hospital sejak 9 Februari lalu akibat pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar dihidapinya empat tahun lalu. Allahyarham turut mengalami barah prostat dan masalah buah pinggang teruk sehingga menyukarkan buang air kecil secara normal.
Sepanjang terlantar di hospital, Allahyarham sempat dikunjungi pihak media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan). Malah, Menteri Kebudayaan Dan Pelancongan Datuk Seri Dr Rais Yatim turut meluangkan masa memberi sumbangan daripada Tabung Kebajikan Artis kementerian.

Harian Metro semalam melaporkan, Allahyarham berhasrat membawa keluarga bercuti di Pulau Kapas.
Foto
ALLAHYARHAM Kuswadinata dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang.

Friday, February 15, 2013

Jasad terapung


Melaka: Tanda tanya kehilangan seorang kapten kapal selepas bot dipandu berlanggar dengan sebuah bot lain di perairan Selat Melaka berdekatan Pantai Puteri, di sini, Selasa lalu, terungkai apabila mayat mangsa ditemui terapung berhampiran tempat kejadian, petang semalam.
Mangsa, Mohd Nasier Othman, 21, ditemui jam 6.50 petang oleh sekumpulan nelayan tempatan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat dijalankan pihak berkuasa.

Lebih memilukan apabila mayat mangsa diangkat sendiri bapanya, Othman Abdullah, 58, masuk ke dalam bot selepas dimaklumkan mengenai penemuan itu.
Ahli keluarga mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 31, berkata, bapa dan ibu mangsa, Rahmah Abd Rahim, 53, turut ke lokasi kejadian kira-kira 20 minit sebelum mayatnya ditemui.

“Mereka ke situ memanggil nama Mohd Nasier supaya dapat dijumpai. Selepas 20 minit tiba di pantai, mereka mendapat panggilan memaklumkan mayat mangsa ditemui berhampiran lokasi terbabit.

“Bapa mangsa yang menaiki bot terjun ke laut selepas melihat mayat Mohd Nasier lalu mengangkatnya masuk ke dalam bot,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Melaka (HM) di sini, malam tadi.
Harian Metro semalam melaporkan seorang kapten sebuah syarikat yang dilantik bagi membawa pekerja Petronas Gas Berhad ke terminal LNG dikhuatiri lemas selepas bot dipandunya berlanggar dengan sebuah lagi bot dinaiki pekerja syarikat itu di perairan berkenaan.

Aishah tunggu Parlimen bubar

Kuala Lumpur: Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin, 48, atau Aishah menyifatkan wujud spekulasi pihak tertentu mengatakan dirinya bakal diletakkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)bagi Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan hanyalah andaian semata-mata.

Aishah berkata demikian selepas sumber memaklumkan penyanyi itu adalah artis pertama negara yang bakal bergelar Yang Berhormat (YB) berikutan akan diletakkan sebagai calon bertanding dalam PRU akan datang.

Penyanyi terbabit yang juga ahli sebuah parti politik berkata, beliau menyedari perkara itu hangat diperkatakan tambahan pula tarikh menjelang pilihan raya semakin hampir.
“Setakat ini saya belum mendapat kepastian mengenai pencalonan itu dan beranggapan ia hanyalah khabar angin. Lebih baik tunggu Parlimen dibubarkan dulu, barulah boleh dapat kata putus,” katanya.

Menurut Aishah, dia tidak pernah mengharapkan bergelar calon sebaliknya menyedari timbulnya ‘cakap-cakap orang’ mengenai penamaan itu.

“Sebelum ini ramai yang bercakap mengenai perkara ini, tetapi tak tahulah, tunggu dan lihat saja,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ditanya sama ada akan bertanding sekiranya diberi peluang, Aishah berkata, dia perlu memikirkan sebaik-baiknya tambahan pula tanggungjawab untuk memimpin adalah sesuatu yang sukar.

“Kalau ada peluang, saya kena fikir tindakan selanjutnya, kena solat istiqarah dan kena tahu sama ada masyarakat akan menerima atau sebaliknya,” katanya tidak mahu menganggap spekulasi itu sesuatu yang serius.
Sementara itu, Aishah yang dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri sejak tiga hari lalu akibat demam panas turut meminta rakan artis yang `berhijrah’ tidak menghentam individu lain sebaliknya istiqamah dalam menambah ilmu agama.

Wednesday, February 13, 2013

Dua inspektor berdepan hukuman lebih berat


Petra Jaya: Dua pegawai polis yang dituduh mengakibatkan kecederaan ke atas seorang tahanan pada 4 November lalu, berdepan hukuman lebih berat apabila Mahkamah Sesyen Kuching semalam, membenarkan pertuduhan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Amelati Parnel membenarkan tuduhan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan ke atas Inspektor Mohd Ezri Azmar Pavel, 31 dan Inspektor Hazril Mohamed Yusof, 33, dipinda mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Kanan Yaacub Chin dalam hujahnya berkata, pindaan itu perlu dibuat berikutan tahanan, Kamarul Zamrizal Kamaruzaman, 30, meninggal dunia Jumaat lalu ketika dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS), selepas koma sejak November lalu.

Sementara itu, di Mahkamah Tinggi Kuching ketika pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim Datuk Rhodzariah Bujang, kedua-dua tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching itu mengaku tidak bersalah.

Hakim menetapkan 6 hingga 17 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan dengan kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela Shankar Ram Asnani.

Mereka didakwa menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak (IPK) di Jalan Nagor kira-kira jam 7 malam 4 November lalu.

Rugi pengeras RM18,000


Kota Bharu: Bijak meyakinkan mangsa kononnya terkena buatan orang, seorang lelaki berusia 50-an dipercayai bomoh dengan mudah memperdaya seorang pemilik kedai makan hingga wanita itu menyerahkan barang kemas bernilai RM18,000 milik kakaknya sebagai pengeras.
Dalam kejadian di Pengkalan Chepa, dekat sini, awal Februari lalu, pemilik kedai makan berusia 41 tahun itu didatangi bomoh terbabit yang memberitahu dia kononnya terkena buatan orang dan perlu dirawat secara tradisional.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada 6 Februari lalu dan suspek ditahan pada 7 Februari lalu di rumahnya di Wakaf Bharu, Tumpat.
“Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Perkosa depan ibu


Batu Pahat: “Kami diseret 10 meter ke ladang sawit di belakang rumah sebelum anak perempuan bongsu saya dirogol seorang daripada penjenayah berkenaan,” kata seorang wanita dikenali sebagai Mah berusia 50-an di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua beranak itu turut dirompak dua penjenayah yang menceroboh rumah mereka di sebuah kampung di daerah ini.

Menceritakan kejadian itu, Mah berkata, mereka sedang tidur di ruang tamu rumah pusaka keluarga sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki yang menutup muka dengan kain.

“Penjenayah yang bersenjatakan parang dan pisau itu memaksa kami mengambil barangan berharga selain berdiam diri jika tidak mahu leher dikelar.
Foto
MAH melakonkan semula bagaimana penjenayah mengugut untuk menyembelihnya.

“Mereka mengugut anak perempuan supaya menyerahkan wang dan barangan berharga atau disembelih sebelum anak menyerahkan wang simpanannya RM200,” katanya ketika.

Kasino mini ala ‘pasar malam’


Kuala Selangor: Pasar malam biasanya menjual pelbagai keperluan dapur atau kelengkapan rumah, namun tidak bagi ‘pasar malam’ dalam ladang di Jalan Ijok-Kuala Selangor, di sini, apabila ia khusus untuk berjudi.
Ironinya, ‘pasar malam’ terbabit terbuka kepada semua kaki judi namun hanya kenderaan VIP dibenarkan masuk manakala pemain kelas bawahan perlu meletakkan kenderaan di kawasan luar dan dijemput kenderaan disediakan penganjur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, penganjuran pasar malam ala kasino mini itu terbongkar dalam serbuan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Menurutnya, serbuan sempena ‘Ops Limau’ itu dilakukan jam 11.30 malam hasil maklumat orang ramai dan hasilnya, 13 lelaki berusia 28 hingga 61 tahun diberkas. Seorang daripadanya didapati penganjur pusat perjudian berkenaan.

“Dalam serbuan itu, kami turut merampas wang berjumlah RM21,200 selain peralatan perjudian seperti cip (314 keping), dadu (15 biji), kad pertaruhan pelbagai nilai (144 keping), piring dan mangkuk.

“Mereka didapati berjudi di bawah khemah dan nilai pertaruhan mencecah ratusan ribu ringgit, ketika serbuan 20 individu leka berjudi namun melarikan diri sejurus menyedari kehadiran polis,” katanya.
Foto
ANGGOTA polis merampas peralatan perjudian dalam serbuan di pasar malam terbabit.
Menurutnya, mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan direman tiga hari untuk disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana berjudi dan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

Ibu Catriona Ross Bahrin Maut


Gerik: Arwah ibu pelakon Catriona Ross Bahrin, Siti Nur Zawiah Abdul Rahman, 63, bersama rombongan lapan individu dikatakan dalam perjalanan menyalurkan bantuan kepada pelajar sebuah madrasah di Kedah sebelum terbabit dalam kemalangan maut, semalam.
Warga emas terbabit adalah antara tiga penumpang sebuah kereta yang maut selepas kenderaan dinaiki bertembung bas ekspres di Kilometer 61.8, Jalan Raya Timur Barat berhampiran Hentian Rawat dan Rehat Titiwangsa, di sini, dalam kejadian jam 1 pagi.

Kemalangan itu turut meragut nyawa rakan Nur Zawiah, Norini Ghani, 42, dan dan Sitah Abdullah, 52, yang dilaporkan maut serta-merta di tempat kejadian.

Bagaimanapun, pemandu kereta lingkungan 40-an yang dinaiki ketiga-tiga mangsa terbabit terselamat dan dirawat di Hospital Taiping, di sini.
Foto
CATRIONA Ross dan suami tiba dari Kuala Lumpur.

Rakan arwah, Syed Ageel Syed Mahayadin, 39, yang ditemui di bilik mayat Hospital Gerik semalam berkata, semua mangsa mengikuti rombongan membabitkan dua kereta dalam perjalanan ke rumahnya di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Budak 13 tahun ditangkap khalwat


KUALA LUMPUR: "Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.
Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.
Foto

Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.